dash follow

cursor

Wednesday 15 April 2015

Pengalaman nak set tarikh untuk pemakaian gigi besi (braces)

Assalamualaikum.

Kali ni memang lama gila aku menyepi. tetiba dapat ilham nak update blog. hahaha. ilham dia bila second appoinment braces. ya ya ya, aku dah jadi gadis gigi besi sekarang :) braces ni boleh dikatakan wishlist seumur hidup la. dari zaman form 1 nak pakai tapi ekonomi tak izinkan. dan bukan je ekonomi tak izinkan, parents aku pon tak bagi. sebab dorang kata gigi aku okay. ee tak okay bagi aku. aku tahu lah ni gigi aku. aku yang rasa :(

lepas beberapa tahun aku sabar dan sabar (sampai aku nangis mata bengkak) ok sebab nak sangat sangat pakai benda besi ni. konon senang. lepas dah pakai ni. allah saje tahu. rasa nak buka balik pon ada. padan muka dulu degil tanak dengar cakap :( adik adik yang rasa nak pakai tu, minta restu betu;-betul. jangan jadi macam akak pulak. haa tak baik k. hahahaha

nak dijadikan cerita, aku pakai ni pon sbb classmates aku sorang  pon baru pakai. aku macam wahh dia dah pakai besi. nak jugak :( dengan semangatnya aku terus whatsapp dia. yelah, kena la survey survey dulu, kot kot murah ke dia dapat. sebab klinik gigi kawasan taman aku puas dah aku interview. mostly 5-7k. mahal kot. mana mampu! dengan aku yang nekad nak pakai jugak even guna duit sendiri. haa nampak tak nekad aku ni.

kebetulan aku memang ada simpanan kat tabung haji seribu. so peluang aku lah ni nak buat besi ni. dan jugak aku sekarang last semester, so ada praktikal. dan kebetulan lagi praktikal aku elaun aku dapat 1000. hahaha peluang lagi untuk aku buat. memang dah target pon kalau dapat praktikal situ nak buat besi. alhamdulilah tercapai jugak :D

back to story pasal aku survey dengan classmate tu, aku tanya lah kat mana dia buat. berapa cost nak buat. and aku dapat jawapan yang sangat aku bahagia. dia buat dekat kajang je. saujana impian. ya allah, tempat aku selalu teman umi pergi beli kain yang kat kamdar tu. choyyy, and harga situ 3.8k sahaja!!! ya allah terus excited nak call buat appoinment.

tapi-tapi, sebelum nak buat appoinment tu kena lah google dulu pasal klinik ni. google punya google. semua benda aku dapat dari hasil google sangat PUAS HATI!!! semua puji klinik tu bagus, murah. ya allah excitednya. nasi baik juga aku google. sebab ada sorang blogger ni kasi tips cara nak buat appoinment. hahah nak appoinment pon kena ada tips okay! sebab klinik tu banyak sangat pesakit dia. so kalau call payah betul nak dapat.

dengan hasil petua dia bagi. alhamdulilah, dapat set appoinment untuk braces.. alhamdulilah. yayyyy. excited gilaaa. tapi yang sedihnya, hari waktu kau call memang staff situ akan cakap date penuh. so kau akan dapat set appoinment tu selang seminggu dua :( sedihnyaa. aku dala excited time tu. tapi nak sangat punya pasal. sabar je. so, aku dapat set tarikh 24 feb 2015. 

bagusnya klinik ni, sebab dia akan call sehari before appoinment. staff nak confirmkan aku boleh datang ke tak. disebabkan 24 feb tu aku baru habis cuti tahun baru cina, takan aku nak mc lagi. hello aku praktikal kot. mahu kena tolak markah sebab attendance, so waktu staff call aku tanya dia. boleh tak nak buat lain kali tapi dalam masa terdekat. (dengan perasaan kecewa) takpelah, benda yang kita nak sangat tak boleh excited lelebih, so cool down je. 

so, decide punya decide. aku dapat tarikh 5 mac 2015. selang seminggu lah jugak. okay lah tu. okay, next entry aku cerita pasal first appoinment dan seterusnya. sebab entry ni pon dah panjang gila hahaha. jumpa di next entry ye adik adik :*